Monday, February 14, 2011

COLOUR VIBRATION THERAPY [CVT]


Latar belakang Color Vibration Therapy.Color Vibration Therapy telah ditubuhkan sejak tahun 1999 melalui pengasasnya Prof Dr Sir Norhisham Wahab.

Beliau menyusun tesis yang berkisar tentang sel dan tenaga. Pada tahun 1998 beliau memperolehi ijazah kedoktoran MD ( MA ) melalui The Open International University. Beliau telah dianugerahkan gelaran Profesor pada tahun 2002 setelah menyiapkan tesis bertajuk sel dan masa.

Melalui sebuah makmal yang dibangunkan, beliau melakukan banyak ujian secara klinikal dalam mengkaji kesan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan spiritual, mental, emosi dan fizikal serta hubungkait dengan tubuh badan manusia.

Konsep Rawatan CVT.
CVT ialah suatu konsep rawatan alternatif untuk semua jenis penyakit merangkumi masalah fizikal & spiritual. Ianya menggunakan teknik rawatan terkini melalui pendekatan konsep sains fizik. Formula rawatan dan ubat-ubatan menggunakan teknologi bunga yang menyamai frekuensi / getaran organ dan sistem tubuh. Ianya bebas daripada dadah, bahan aktif, bahan surihan, bahan awet, pewarna, alkohol dan sumber haiwan.

HAIDROTERAPI AIS
Rawatan kaedah hidroterapi ais ( mandian ais ) memberi kesan yang sangat efektif. Penyakit seperti halusinasi ( spiritual ), migrain, pemarah ( masalah psikologi ), terkena gangguan luar ( spiritual ), insomnia,histeria dan pelbagai jenis penyakit dapat dipulihkan sepenuhnya dalam masa yang singkat.

Hidroterapi Ais sebagai terma terkini dalam terapi kesihatan komplimentari yang menjelaskan betapa tubuh adalah terbina daripada kesatuan unsur atau elemen alam yang juga berada di sekeliling di atas satu prinsip keseimbangan tenaga.

Hidroterapi Ais diperkenalkan bagi tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, mental dan fizikal. Hidroterapi Ais telah dipertingkatkan teknologinya dengan penggunaan elemen seperti air ionik beralkali, ozon, garam potassium dan lain-lain bagi membantu merawat penyakit selain mengekalkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

Kaedah rawatan Hidroterapi Ais turut menggunakan pati bunga aromaterapi Full Moon/Seri wajah sebagai bahan utama bagi membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit melalui konsep terapi magnetik aromaterapi yang terunggul.Kesan daripada rawatan ini, sistem imun, antibody dan hormon tubuh dipertingkatkan secara teratur bagi rangsangan sistem tubuh untuk keseimbangan dan keharmonian secara keseluruhan. Keadaan ini juga berupaya menghalang jangkitan atau serangan penyakit ke atas tubuh.
Tubuh sebenarnya masih menyimpan tenaga dalaman dalam bentuk tenaga magnetik yang perlu dijanakan semula melalui teori tekanan Hidroterapi Ais. Kesan tekanan dan penyerapan tenaga daripada Full Moon/Seri Wajah ke dalam darah akan mengaktifkan sistem kelenjar untuk melepaskan hormon-hormon yang bertindak mengawal segala bentuk ketidakseimbangan atau menyingkirkan bentuk-bentuk tenaga asing seperti toksin atau keracunan yang menyebabkan penyakit.
Berbagai punca keracunan di dalam tubuh yang dikenalpasti di antaranya ialah amalan pemakanan dengan zat-zat yang berlebihan, gangguan persekitaran, jangkitan mikroorganisma, masalah halusinasi, lemah dalam psikologi, kecederaan lama yang terpendam atau masalah penyakit keturunan seperti saka di mana kesemua ini merupakan bentuk-bentuk tenaga yang mengubah atau mencemar tenaga asal tubuh.
Terapi yang dilakukan dalam ruangan atau tab mandi ini amat mementingkan factor rawatan ke atas seluruh tubuh melalui rendaman. Dengan mengenepikan bentuk-bentuk atau peralatan yang menghasilkan gelombang elektromagnetik yang mencemarkan, terapi ini berlangsung di dalam situasi yang cukup merehatkan. Hanya alat-alat yang berfrekuensi rendah digunakan seperti lampu ultra-violet bagi tujuan menghalang dan menghentikan fungsi bakteria dan kuman-kuman tertentu.
Hidroterapi Ais sebenarnya mengaplikasikan teori ‘nuclear fission’ (pemecahan nuclear) yang paling drastik yang dapat meleraikan radiasi-radiasi bebas yang terdapat di dalam tubuh kita. Ais yang digunakan di dalam terapi rendaman ini dapat melakukan gerakan dengan mendadak (agresif) dan kembali seimbang walaupun ia mengalami berbagai-bagai cemaran. Ia membantu menukar apa juga tenaga kembali kepada titik kesimbangan. Selain daripada itu, ais juga mempunyai kuasa geseran dan tekanan yang paling hebat di dalam proses membaikpulih penyakit.
Rawatan dengan kaedah Hidroterai Ais akan menjadikan pengaliran tenaga kembali lancar di mana gangguan seperti stress dapat diatasi. Penyakit seperti kanser, HIV, masalah tulang, kerapuhan/bengkok tulang, arthritis, sakit tulang belakang , cakra teranjak, Tibi, sinus,hernia, angin pasang, barah fibroid, menopous, masalah kesuburan, premestro, denggi, kolestrol, diabetis, gout, hipertensi, masalah penagihan dadah, asma, penyakit spiritual, dan lain-lain merupakn di antara penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini.
Rasional penggunaan ais di dalam terapi ini ialah sifat-sifat yang dimiliki amat member kesan rangsangan yang diperlukan oleh tubuh sebagai medium yang dapat menukar frekuensi tenaga yang di rakam dan bergetar menjadi gema apabila dikenakan tekanan dan seterusnya mencari sasaran atau kawasan berpenyakit sebelum mengharmonikannya.
Justeru Hidroterapi Ais adalah amat sesuai untuk tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan pelbagai penyakit di alaf baru ini.


No comments:

Post a Comment